Kelas Membuat Kad Krismas (Canva), Latihan Menaip & Kuiz Online

9 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas Membuat Kad Krismas (Canva), Latihan Menaip dan Kuiz Online ini telah diadakan pada hari Ahad, 8 Disember 2019 bertempat di Pusat Internet Bogag.

Dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan kepada laman web canva.com. Mereka turut mempelajari cara untuk untuk mencipta kad krismas yang mudah dan menarik menggunakan laman web tersebut.

Selepas itu, para peserta diperkenalkan kepada laman web belajar menaip secara atas talian iaitu www.typingclub.com. Melalui laman web ini, para peserta berpeluang untuk melatih jari jemari mereka mengikut teknik menaip yang betul agar mampu menaip dengan pantas disamping dapat meningkatkan kemahiran menaip mereka.

Di samping itu, para peserta juga membuat ulangkaji pelbagai subjek pelajaran secara atas talian dengan menjawab soalan kuiz yang terdapat di laman web quizizz.com.

Kelas ini telah diadakan selama 5 jam bermula pada pukul 12.00 tengahari dan tamat pada pukul 5.00 petang. Kelas ini telah dihadiri seramai 5 orang peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali